Isnin, 2 Julai 2018

Isnin, 18 Disember 2017

Sabtu, 16 Disember 2017

Berkhatan/Bersunat

Musim cuti sekolah yang panjang begini memang menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melaksanakan satu lagi tanggungjawab terhadap anak lelaki iaitu mengkhatankan mereka sebaik sahaja dirasakan anak2 ini sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikalnya. ‘ Masuk jawi ‘  istilah popular bagi proses berkhatan di beberapa negeri di bahagian utara Semenanjung. Jika dahulunya, sedikit pulut kuning beserta rendang, tak pun pisang masak disajikan untuk jiran tetangga sekeliling rumah tanda bersyukur proses ‘mengerikan’ ramai kanak2 lelaki itu sudah selamat dilangsungkan tanpa ada sebarang masalah. Jamuan hanya ala kadar cukup2 untuk jiran sebelah menyebelah termasuk tok mudim serta pembantunya. Namun begitulah, zaman berubah dengan cepat. Hari ini, kenduri berkhatan adakalanya bagai nak rak, mengalahkan kenduri kahwin. Seperti kenduri berkhatan seorang saudara terdekat  yang saya hadiri pada Jumaat lepas, jam 3 petang khemah tetamu masih sesak. Terpaksa tunggu turn untuk duduk ! Sambil makan, siap ada dendangan lagu beserta celoteh ‘DJ’ lagi. Buah tangan bunga telur pun ada. Pemandangan atau suasana yang sangat berbeza berbanding 10 atau 15 tahun dahulu. Manalah ada semua tu.. Difahamkan seekor lembu tumbang untuk majlis ini. Belum lagi dikira dengan puluhan kilogram daging ayam, gulai rebung dan sebagainya lagi. Bererti budget yang besar perlu disediakan oleh ibu bapa untuk majlis hujung tahun begini. Belum lagi persediaan untuk kelengkapan sekolah. Mahu luruh rambut mak bapak :[  Tapi apa nak dikecohkan, mereka mampu.. Kos berkhatan juga antara perkara yang perlu diberi perhatian. Jika memilih kaedah tradisional, mungkin jumlahnya kecil sahaja. Begitu juga jika melakukannya di hospital kerajaan. Ramai yang mampu. Namun ada juga yang lebih senang memilih klinik atau hospital swasta. Kos yang saya ketahui ialah di antara RM150 dan boleh mencecah sehingga RM800. Apapun sebenarnya, terpulang pada kemampuan masing2. Orang kata ukur baju ikut saiz sendiri. Tak buat kenduri pun tak ada salahnya sebab ia bukan tersenarai wajib dalam agama. Yang penting proses berkhatan selamat dijalankan dan anak sembuh tanpa ada sebarang masalah.
#copy je ni ye

# Esok 18hb 12 2017....anak aku bersunat....jamuan sesama sendiri je ank beranak...(al fulus mulus..beb)

Sabtu, 10 September 2016

Daun bidara

Khasiat Daun Bidara

 Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Cara Menggunakan Daun Bidara:

1.Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2.Tumbuk dan dihaluskan.
3.Letakkan daun bidara yang telah dihaluskan tadi ke dalam sebuah gelas.
4.Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5.Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6.Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan.
7.Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8.Baki 2/3 digunakan untuk mandi.

Cara Mandi dengan Daun Bidara:

1.Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2.Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3.Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4.Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.

Jumaat, 9 September 2016

Ara jalar

Memang jalar bebenau pokok ni..Biar la org nak kata apa.tanam je r.Janji tembok tu yah pikir nak cat apa.

Pokok Bakawali

Da bertahun baru tahu inilah pokok bakawali..yang aku tanam baunya amat syok oo.Kembangnya dari tgh mlm hingga pagi.Kalau ko percaya cerita org dulu' haha.Ko geselkan muka ko kat bunga tu masa tgh kembang.(jika jiran nampak nasib ko la.haha).Pokok patawali pula yg menjalar btgnya menggerutu..dah tak tanam.sebab baru tahu getahnya beracun.